Eco-Schools merupakan sebuah program sekolah lestari terbesar di dunia dengan penglibatan lebih 81 buah negara. Pembelajaran berasaskan tindakan ini bermula di dalam bilik darjah dan kemudian berkembang kepada masyarakat setempat melalui penglibatan generasi muda.
Program Eco-Schools bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang mampan dan mempunyai kesedaran mengenai alam sekitar serta menyepadukan amalan hijau dan tindakan perubahan iklim di dalam kalangan pelajar sekolah.
Melalui program ini murid-murid akan menjadi duta kecil yang akan berkongsi dan menyebarkan info alam sekitar dengan masyarakat Malaysia.
Faedah Program Eco-Schools:
- Penyertaan golongan muda dalam mencapai kelestarian alam sekitar dengan berinteraksi dalam pembelajaran yang menyeronokkan.
- Membentuk murid-murid yang dapat berfikir secara kritis dan mempunyai kemahiran membuat keputusan.
- Menambahbaik persekitaran sekolah dan mengurangkan sampah sarap.
- Melibatkan masyarakat tempatan dalam perlaksanaan projek eko untuk memupuk semangat kewarganegaraan.
- Membentuk guru-guru dan murid-murid yang berkemahiran tinggi dalam pelajaran sains iklim dan mampu berdaya saing di peringkat global.
- Mengurangkan jejak karbon di sekolah dengan projek-projek eko di sekolah.
- Menyediakan aktiviti pembelajaran berasaskan projek yang menangani masalah perubahan iklim dunia nyata.
Eco-Schools secara ringkas.
![]() |
Belajar
sains iklim |
![]() |
Penyelesaian masalah alam sekitar di sekolah |
![]() |
Integrasi dalam kurikulum
sekolah dan bukan aktiviti kelab semata-mata |
![]() |
Kaedah
pembelajaran
berasaskan projek
(PBL) |
![]() |
Pelajar mengenal pasti, merancang dan
melaksanakan projek eko mereka sendiri daripada 12 tema persekitaran. |
![]() |
Perlaksanaan
program adalah 3
tahun |
![]() |
Diluluskan dan diiktiraf oleh
Kementerian Pendidikan
Malaysia
*Tertakluk kepada permohonan BSKK KPM |
![]() |
Ia adalah satu program untuk
mengiktiraf sekolah untuk
usaha mereka dalam menyelesaikan masalah persekitaran melalui projek Eco yang dibangunkan |
No comments:
Post a Comment